Sunday, July 1, 2007

Lee Kuan Yew Dan Saikoloji Songsangnya

Rakyat Malaysia khasnya pemimpin-pemimpin UMNO dalam barisan Imam Hadhari sedang diperolok-olokan oleh Lee Kuan Yew dengan permainan Saikoloji Songsang (Reverse psychology).

Menurut kamus Wikipedia, “Reverse psychology is the term that describes the outcome where advocacy of one course of action persuades another person to do the opposite”. Secara ringkasnya Saikologi Songsang (SS) ialah sebutan bagi kata-kata atau tindakan yang dilakukan dengan sengaja yang bertujuan mendapatkan tindakbalas atau reaksi yang bertentangan.

SS bukan perkara baru bagi kaum China. Ia merupakan strategi yang ke 32 dari sebanyak 36 strategi peperangan yang diamalkan oleh orang-orang China sejak tahun 219 sebelum masihi (SM) lagi.
Ada banyak contoh yang boleh dikaitkan dengan SS ini, tetapi contoh paling mudah ialah “The Empty Fort Strategy”.

Dalam peperangan Hanzhong pada tahun 219 SM, apabila tentera Cao Cao menyerang pertahanan tentera Liu Bei, mereka mendapati kem Liu Bie senyap sunyi serta pintu kotanya terbuka luas tanpa sebarang pengawal. Ini membuatkan tentera Cao Cao mengesyaki kem itu sedang dijadikan sebagai perangkap untuk mereka, lalu mereka tidak jadi masuk dan berundur dari situ. Strategi bersembunyi dan membuka pintu kota tanpa pengawal telah menyebabkan tentera Liu Bie selamat dari serangan itu, walaupun bilangan mereka lebih kecil dan lemah.

Kata-kata Lee Kuan Yew bahawa ada pemimpin UMNO Johor cuba menjatuhkan PM Abdullah dan menggagalkan IDR, sebenarnya bertujuan mengukuhkan kedudukan PM Abdullah yang sedang beliau jadikan “kuda tunggangan” bagi menjayakan hasrat dan niat jahat Singapura di dalam IDR.

Lee Kuan Yew tahu bahawa sebagai reaksi sepontan pemimpin-pemimpin (setengah masak) UMNO Johor akan berebut-berebut membuat kenyataan menafikankan kata-katanya itu. Seperti biasa ini akan disusuli pula oleh majlis-majlis dan perhimpunan-perhimpunan besar-besaran anjuran UMNO Johor bagi menyampaikan ikrar taat setia dan sumpah teguh berdiri di belakang PM Abdullah dan menyokong penuh IDR. Inilah tujuan sebenar kenyataannya itu dan perangkapnya nampaknya sudah mengena dengan mudah.

Kita ambil satu lagi contoh tindakan Saikoloji Songsang apek tua yang licik ini. Beliau telah menggunakan akhbar Berita Harian dan Strait Times untuk menyatakan kebimbangannya mengenai tahap keselamatan di Johor, ekoran beberapa “kejadian-kejadian” jenayah yang dilaporkan sendiri oleh akhbar-akhbar tersebut. Ini dikuti oleh suara-suara menyokong dari berbagai pihak termasuk pemimpin (setengah masak) UMNO sendiri.

Seperti yang dijangkakan, PM Abdullah mengarahkan KPN menghantar 70 ribu anggota tambahan ke Johor. Nah! inilah hajat sebenar mereka. Rakyat Singapura tersenyum sampai ke telinga melihat PDRM menjadi pengawal keselamatan mereka secara percuma.

Banyak lagi contoh yang boleh diteliti bersama seperti kata-kata bahawa “Singapura akan kehilangan industri”, “menghadapi “masalah pengangguran”, tidak mendapat “layanan istimewa” dan berbagai-bagai lagi. Kita lihat perkataan-perkataan “lawan” atau “songsang” kepada “hilang” lawannya “jumpa”. Perkataan “menganggur” lawanya “ada banyak kerja”, perkataan “tidak dapat" lawannya “dapat” layanan istimewa.

Sampai bilakah kita membiarkan diri diperolok-olokan sebegini. Adakah mana-mana pemimpin selain dari Tun Dr Mahathir yang mampu “mengajar” si apek tua ini.

Saturday, June 30, 2007

Penemuan Pakar “Virus Bangsat” di Negeri Melaka

Beberapa orang pakar perubatan tempatan telah menemui sejenis virus baru yang telah menjangkiti seorang rakyat negeri Melaka. Oleh itu virus ini mereka namakan “Virus Melaka”.

Ketua Menteri Melaka telah membantah sekeras-kerasnya penggunaan nama tersebut dan meminta penggunaan nama itu dihentikan serta merta, jika tidak Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak berkenaan.

Agaknya, selepas ini kalau pakar-pakar itu menjumpai pula virus baru di Putrajaya, maka ianya tentulah akan dinamakan pula “Virus Putrajaya”. Bagaimana pula kalau ianya dijumpai di kedutaan Amerika atau kedutaan Singapura. Mengikut trend yang sama tentulah ianya dinamakan “Viru USA” atau “Virus Singapura”.

Kita ingin kenal lebih dekat dengan “pakar-pakar” kesihatan ini. Bangsa apa, lulusan mana dan berasal dari negeri mana. Berapa banyak pengalaman mereka dan berapa lama R & D telah dibuat. Kalau idea untuk menamakan vuris begitu “gampang” sekali, ada baiknya ianya di namakan saja “Virus Bangsat”, sesuai dengan kebangsatan idea pakar-pakar tersebut dalam mencari nama yang sesuai.

Monday, April 16, 2007

Ulang Tayang Cerita Pak Kadok?


Contributed by hajimat on Tuesday, March 27 @ 08:45:00 MYT Topic: KOMENTAR http://www.beritakmu.net.my


SJER atau South Johore Economic Region yang kini dikenali pula dengan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) merupakan langkah tersusun Singapura dalam usahanya mengatasi masalah kekurangan tanah negara tersebut yang begitu kritikal.

Tidak syak lagi bahawa Idea ini datangnya dari seberang Tambak Johor. Bukan idea Pak Lah atau KJ. Ianya telah dipupuk sekian lama, menanti masa dan saat yang baik untuk dilaksanakan. Pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan detik permulaan terbaik bagi mereka. KJ, Kalimullah dan Pak Lah pula merupakan kuda tunganggan terbaik bagi mereka.

Berasaskan kepada strategi perluasan wilayah yang digunakan oleh Israel, penaklukan Johor ini sudah tentu terbahagi kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama merupakan “perang saraf” yang bertujuan menguasai pemikiran rakyat Johor khasnya bagi meminimakan tentangan kepada pelaksanaannya.

Peringkat kedua ialah “menguasai” pihak-pihak berkuasa yang terlibat dalam pelaksanaannya dari peringkat paling tinggi hingga ke peringkat daerah dan tempatan. Peringkat terakhirnya kini sudah pun bermula.

Sebagaimana ketat mereka mengawal tanah pulau sekangkang kera yang mereka perolehi, begitulah kelak mereka bakal mengawal daerah SJER ini.
Sepuluh atau lima belas tahun lagi akan terbinalah tembok-tembok konkrit yang memisahkan kawasan ini dengan lain-lain tanah negeri Johor, mungkin disebabkan “ancaman-ancaman” keselamatan yang bakal sengaja diwujudkan mereka ketika itu.

Demi menjaga kebajikan jiran tetangga, pihak berkuasa Malaysia sudah tentu akan di”paksa” sampai ke tahap membenarkan tentera dan polis Singapura masuk menjaga keselamatan daerah tersebut.

Teringat saya kepada kisah seorang rakan saya yang telah mewarisi sepuluh ekar tanah dusun simpanan Melayu di Beranang. Beliau begitu bangga dan sayang akan kebunnya ini. Sebaik sahaja bersara dari perkhidmatan beliau terus menjadikan dusun ini sebagai “markas” baru perjuangannya.

Setelah setahun berlalu masalah kewangan mula menghimpitnya. Maklumlah pencen tidak seberapa. Disebabkan tiada pilihan beliau terpaksa “makan gaji” semula sebagai Pengawal Keselamatan. Waktu kerja tidak menentu dan waktu lapang terpaksa diisi dengan kerja lebih masa demi kesinambungan hidup.

Dalam pada itu muncul tawaran dari seorang taukeh sayur untuk menyewa tanah dusun tersebut untuk dijadikan kebun sayur cekor manis. Kadar sewanya RM250 seekar setahun. Kalau dikali sepuluh ekar bermakna RM2,500 setahun. Tiba-tiba fikiran yang buntu disebabkan kesempitan wang serta keletihan kerana waktu kerja yang amat panjang, bertukar menjadi ceria, segar dan lapang. Wah! Mungkin Tuhan sudah memakbulkan doanya selama ini fikirnya.

Taukeh yang baik hati dan sentiasa manis kata-kata dan murah senyuman ini menawarkan pula untuk menyewa selama sekurang-kurangnya 10 tahun. Konon katanya bagi membolehkan beliau dapat balik modal. Setelah merayu dan meminta belas kesihan, maka taukeh yang baik hati ini bersetuju membayar secara tunai jumlah sewa bagi sepuluh tahun itu sebanyak sebanyak RM25,000.

Kalau tidak kerana usia yang meningkat serta perasaan malu dengan anak cucu, mau rasanya rakan saya ini menangkap dan mencium tangan taukeh tersebut. Dua hari lepas itu, rakan saya ini pergi ke bank dan mendapati jumlah RM25,000 itu sudah masuk akaunnya. Mulutnya tidak berhenti komat-kamit dengan doa kesyukuran atas limpah kurnia Allah ini.
Dipendekkan cerita, dalam masa tak sampai setahun habislah RM25,000 itu dibelanja dengan baik termasuklah melangsaikan hutang keretanya. Wal hasil balik asal, rakan saya ni pun kerja semula sebagai Pengawal Keselamatan.

Kebetulan satu hari dia terjumpa rakan lamanya yang juga sudah bersara kini hidup mewah sebagai ejen hartanah. Cerita punya cerita, tak lama lepas itu rakan ejen ini telah berjaya mendapatkan seorang pembeli tanah kebun rakan saya ini, yang sanggup membayar sehingga RM20, 000 se ekar untuk projek ternakan ayamnya. Ini bermakna rakan saya boleh dapat RM200,000 bagi sepuluh ekar. Tolak komisyen dan cukai dapatlah RM150,000, bayar balik pendahuluan sewa RM25,000 ada baki RM125,000 lebih lagi fikirnya.

Gembira tidak terkata rakan saya ini, macam bulan jatuh ke riba. Terbayanglah dia dan isterinya di Tanah suci Mekah tahun depan. Rakan saya ini bersetuju dan berjanji akan memaklumkan perkara ini kepada taukeh sayur yang menyewa kebunnya.

Taukeh ini kata tidak jadi masalah kepadanya jika kebun itu dijual kepada orang lain asalkan rakan saya ini sanggup bayar ganti rugi pokok-pokok sayurnya. Setiap ekar ada antara 500 hingga 600 pokok. Jadi dalam sepuluh ekar itu ada lebih kurang 5,000 pokok sayur cekur manis. Taukeh ini minta bayar ganti rugi sebanyak RM50 sepokok atas kos bajak, benih, baja dan upah jagaannya. Congak punya congak, jumlah semua ganti rugi yang diminta ialah RM250,000 sahaja.

Ternganga mulut rakan saya. Kira punya kira, beliau bakal jadi macam berniaga buluh kasap. Akhirnya niat menjual terpaksa dibatalkan dan hajat ke tanah suci Mekah terpaksa ditangguhkan. Hingga hari ini rakan saya ini masih kerja sebagai Pengawal Keselamatan dan sudah sembilan tahun taukeh sayur tersebut masih tetap kekal menduduki kebunnya. Kini beliau terus menerus memikirkan jalan keluar terbaik mengatasi masalah ini. Nasib beliau seterusnya dapatlah kita sama-sama bayangkan.

Mungkin nasib SJER ini tidak sama dengan nasib rakan saya. Apakah kita hanya perlu berdoa dan duduk menunggu kalau-kalau bakal terjadi ulang tayang cerita Pak Kadok. Wallahualam.

Saturday, April 7, 2007

Anwar Lebih Hebat dari Superman!

Terima kasih kepada Hajimat Exposed kerana sumbangan ini. Saya sendiri dah hilang salinannya. Ianya perlu diulang selalu untuk mengingatkan orang Melayu supaya jangan tertipu lagi dengan gelagat Anwar Ibrahim. Ini bukan futnah atau rekaan. Semua kata-kata Wan Azizah dan kejadian yang menyusul selepas itu termuat di dada-dada akhbar negara ketika itu.

Kerana kepentingan peribadinya Anwar sanggup memperalatkan isterinya semata-mata untuk mewujudkan keadaan huru-hara dan menjatuhkan kerajaan melalui "people's power". Inikah manusia yang kita harap untuk menerajui negara?

Saya buat dalam bentuk drama bagi memudahkan dan memberi sedikit hiburan bila membaca kisah yang amat membosankan ini.

Babak 1
Isteri superman: Tolong! Tolong! Tolong!, suami saya dalam penjara telah diberi makan racun arsenik. Rambut dan semua bulu-bulunya gugur. tolong! tolong!.
Pelakon Tambahan: Berhimpun di Masjid Negara untuk mengamuk.

Babak 2
Isteri Superman: Tolong! Tolong! Tolong! suami saya dalam penjara hendak diinjek dengan darah HIV. Tolong! Tolong!.
Pelakon Tambahan: Berhimpun dan mengamuk membakar tong sampah dan papan tanda DBKL.

Babak 3
Isteri superman: Tolong! Tolong! Tolong!, suami saya sakit pinggang slip disk. kakitangannya dah lumpuh , tak boleh berjalan. tolong! tolong!.Pelakon Tambahan: Berhimpun depan penjara Sungai Buloh untuk mengamuk.

Babak 4
Isteri Superman: Tolong! Tolong! Tolong!, suami saya dalam penjara dah tak lalu makan, badannya kurus kering, lumpuh dan tak boleh bangun. tolong! tolong.Pelakon Tambahan: Berhimpun depan Hospital HUKM untuk mengamuk.

Babak 5
Isteri superman: Tolong ! tolong! tolong!, suami saya mesti dibedah di Jerman. Kalau tidak dia mati. tolong! tolong!.Pelakon Tambahan: Berhimpun depan Mahkamah Persekutuan untuk mengamuk.

Babak 6
Isteri Superman: (Mengelilingi Dunia) Help! Help! Help!, my husband must be operated on in Germany. Otherwise he has no chance of survival.

Pengarah Yahudi: Cut! Cut!. That's it. Send the gunship to Malaysia.
High Court Stuntman: Dive! Dive! Technical Fault!
Superman: (Keluar Penjara) Naik kerusi roda, bertopang, muka sedih. Naik kapalterbang.

Babak 7
Superman: (Munich) Welcome! welcome! Im ok! Im ok!.
Arab Stuntman: Dont' worry, money plenty, jet plenty, gay plenty.

Babak 8
Isteri superman: Mari! mari! mari! sambut wali Allah, negarawan, indespensible future leader.
Pelakon Tambahan: Berhimpun ramai-ramai di KLIA dan Damansara untuk cari peluang mengamuk.

Superman: I want to see your PM!. I must help him reform. Reform! reform! reform!

Pengarah Yahudi: Yeah! yeah! good! good!. Cut and print.

Friday, April 6, 2007

Malaysia Bumi Bertuah, Kaya Dan Bebas Buat Mereka

Mereka bunuh PKENJ dengan cara yang sama.
Mereka bunuh Pernas Edar dengan cara yang sama.
Mereka bunuh pasar mini JIMAT dengan cara yang sama.
Dah banyak Kontrektor Melayu bungkus melalui cara ini.

Ada juga ketika bila muslihat mereka ini mendapat "restu" dari YB, Ketua Pengarah dan pembesar kerajaan berbangsa Melayu sendiri. "Kalau bagi Kontrektor Melayu aku abuk pun tarak" kata Si Kitol merungut.

Konon Melayu kurang "Public Relation", tak pandai customer service, tak tahu marketing macam-macam lagi. Kalau kita cakap mereka kata Melayu takut bersaing. Tak pandai berniaga, malas dan harap kuota.

Kawan saya buat berniaga Mail Order. Margin Untung 25%. Barang beli dari Taiwan. 1 tahun dah "break-even". Tiba-tiba terima teleks dari Taiwan mengatakan semua pesanan seterusnya mesti dibuat melalui agen baru mereka di S'pore. Tak boleh beli terus. Harga naik 30%.

Iklan, katalog semua dah keluar. Pesanan dah terima dalam tangan beribu, tapi harga barang dah naik.
2 hari lepas itu mereka buka kedai bawah pejabat dia, jual barang yang sama dengan harga 10 % lebih murah dari mail order. Hancus!!.

Kita bukan nak salahkan orang, tapi kalau "persaingan" dibuat bagi tujuan membunuh. Itu khianat namanya.
Orang Melayu sangat benci dengan perbuatan khianat. Mereka sanggup "berputih tulang dari berputih mata".

Perlindungan Kerajaan dan pihak berkuasa perlu. Pergilah mana pelusuk dunia pun. Cuba buka perniagaan tanpa kawan kongsi tempatan.

Cuba pergi US, GB atau Aust dan bunuh syarikat tempatan kalau nak tahu langit tinggi rendah.
Malaysia ini SEBENARNYA bumi bertuah buat taukeh bukan Melayu sahaja.

Perdagangan bebas, persaingan bebas, perkongsian bebas, Margin untung bebas, cukai bebas. Halal haram pun bebas. Nak bantu tak bantu anak bumi pun bebas. Tak ada paksaan langsung.

Di Selangor, Kedah dan Perlis berjuta relung sawah Melayu sudah mereka kebas. Modalnya bagi hutang bagi kredit. Bahan beli mahal, hasil jual murah. Tak boleh bayar, rampas.

Tapi pun masih tak cukup. Kuota Melayu 30% pun nak dibebaskan juga.
Bertuah betul bumi Malaysia ini - Untuk siapa?

Wednesday, April 4, 2007

Penjajahan Rimba Malau.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bagi tahun 2004, lebih 200 juta orang telah menyalahgunakan dadah (addictive drugs) di seluruh dunia. Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak US$322 billion (RM1,159.2 billion) dadah telah diperdagangkan di seluruh dunia. Angka ini melebihi 88% KNK negara-negara seluruh dunia.

Perdagangan yang sebesar ini sudah tentulah dikendalikan oleh saudagar-saudagar dadah yang kaya raya terdiri dari berbagai bangsa di seluruh dunia. Mereka ini merupakan jenis manusia mata-duitan yang sanggup melakukan apa saja untuk hidup mewah, walaupun atas penderitaan dan kesengsaraan manusia lain. Dengan wang yang begitu banyak mereka mampu terus bolos dari undang-undang. Mereka mempunyai rangkaian-rangkaian pengedaran yang serba lengkap dan tersusun serta mempunyai askar-askar upahan mereka sendiri.

Kebanyakan mereka ini adalah manusia yang memiliki dua pesonaliti. Dari satu sudut mereka mungkin kelihatan seperti seorang hartawan yang baik hati dan dermawan. Sementara di suatu sudut lagi mereka bertukar menjadi ketua-ketua sindikit yang ganas dan licik. Mereka berselindung di sebalik berbagai syarikat-syarikat perniagaan besar yang berwibawa yang dibeli secara tunai untuk dijadikan kubu-kubu bagi melindungi kegiatan durjana mereka. Mereka merupakan orang-orang yang berpengaruh, disegani dihormati oleh masyarakat.

Salah sebuah negara dunia ketiga yang sedang tenat memerangi penyalahgunaan dadah ini ialah negara Rimba Malau yang mempunyai penduduk seramai 24 juta orang terdiri dari berbagai bangsa. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh kerajaan negara itu terdapat lebih 270,000 penagih tegar di seluruh Rimba Malau. Yang lebih menggerunkan rakyatnya ialah apabila 75% dari penagih-penagih ini didapati telah dijangkiti HIV.

Berbagai usaha telah dan sedang dijalankan oleh kerajaan Rimba Malau bagi mengatasi masalah negara ini. Terdapat 29 pusat-pusat pemulihan dadah di seluruh negara itu yang hanya mampu merawat seramai 8,000 atau 3% penagih pada satu-satu masa. Dengan kos harian sebanyak RM10 setiap penagih, kerajaan Rimba Malau membelanjakan kira-kira RM80,000 setiap hari atau RM29.2 juta setahun.

Kajian oleh Pemadam dan Pengasih serta beberapa NGO menunjukkan 99% dari yang selesai menjalani rawatan akan berbalik kepada tabiat asal mereka. Angka sebenar penagih tegar seluruh negara itu dianggarkan melebihi setengah juta. Ini merupakan suatu “pasaran dadah” yang amat besar. Yang membimbangkan kerajaan Rimba Malau ialah 99.5% penagih ini adalah terdiri dari anak negeri mereka sendiri dari keturunan Malau.

Ramai yang beranggapan bahawa kegiatan pengedaran dadah di negara ini merupakan “Perang Candu” yang dirancang rapi oleh musuh negara itu dan ditujukan khas bagi melemahkan anak bangsa Rimba Malau dan seterusnya menjajah negara tersebut yang kaya dengan hasil bumi.

Bahagian kedua – Jihad Dadah Rimba Malau.

Sunday, April 1, 2007

Bila Pemimpin Gadai Kesetiaan Pengikutnya

Anwar naik menggunakan “Tongkat Sakti” yang diberikan oleh Dr Mahathir, bila sampai ke kemuncaknya beliau jadi begitu teruja dengan pencapaiannya yang begitu tinggi dalam masa yang begitu singkat. Buat seketika beliau terlupa bahawa penyokong beliau adalah juga asalnya dan masih penyokong Dr Mahathir.

Ini merupakan suatu kejayaan hebat yang tidak pernah diimpikan oleh beliau sendiri sejak dari zaman Yayasan Anda lagi. “Beruk atas bahunya” sentiasa menghasut supaya diuji kekuatannya sendiri. “Baling saja tongkat itu, anda sudah cukup kuat untuk berdiri sendiri” serunya. Terbayanglah dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang termuda dalam sejarah.

Tapi pantang Tok Nenek menderhaka dengan Tok Guru. Lagi pun bukan lama sangat lagi masa yang perlu ditunggu. Umur masih muda. Tak baik lawan tokeh.

Tiba-tiba dalam satu sidang Parlimen, Karpal singh menyuarakan kebimbangannya terhadap tingkah laku “sumbang” Anwar dan meminta Dr Mahathir menyiasatnya.

Semua ketawa termasuk Dr Mahathir dan menganggap cakap Karpal sebagai “anggur masam” dan cemburu dengan pencapaian Anwar, terutama sekali keakrabannya dengan PM.

Di sebalik ketawanya, Anwar mula gelabah. Mungkin segalanya dah mula bocor. Beliau terbau sesuatu kerana sudah ada soksek-soksek mengenai tindakan SB dan KPN mengadap Mahathir.

A swift and sweeping action is needed here. Tindakan pantas dan cepat perlu bagi menutup segala-galanya sebelum terlambat. Kuasa dan pengaruh sudah ada. Para penyokong juga sudah begitu taksub dan tidak sabar lagi menunggu PM letak jawatan.

“Ah! Persetankan Tok Guru yang sudah tua itu, ini zaman anak muda, tinggal satu anak tangga saja lagi, tidak ada apa yang mampu menghalang kita”, bisik para pengampu. Bila terpandang diri dalam cermin, betul juga kata mereka. Aku muda dan hebat, angkatan muda PAS dan angkatan muda UMNO tegap mendukung aku.

Apa yang kurang pada aku. Islam ada, politik ada, kepimpinan ada, segak ada, kepetahan bercakap ada, penyokong taksub berani mati pun ada, pemuas nafsu jantan betina banyak ada. Wah hebatnya aku. Apa mungkin aku tersilap langkah? Ah tidak. I am too right to be wrong. After all top world leaders are behind me. This is it. Balingkan “Tongkat Sakti” itu.

Tapi seperti yang kita sudah maklum, setelah berpuas hati dengan segala bukti yang ditunjukkan, Tok Guru sudah dapat mencantumkan kepingan-kepingan akhir dari beberapa senario dan gelagat Anwar sejak kebelakangan ini. PM has put two and two together.

Disebabkan Anwar belum khatam, belum bayar mengkeras dan belum “putus ubat”, Tok Guru sudah pasti ada kelebihan satu langkah. Swift and sweeping action bukan milik Anwar rupanya. Wham!! Tok Guru bertindak pantas.Checkmate!!.