Anwar naik menggunakan “Tongkat Sakti” yang diberikan oleh Dr Mahathir, bila sampai ke kemuncaknya beliau jadi begitu teruja dengan pencapaiannya yang begitu tinggi dalam masa yang begitu singkat. Buat seketika beliau terlupa bahawa penyokong beliau adalah juga asalnya dan masih penyokong Dr Mahathir.
Ini merupakan suatu kejayaan hebat yang tidak pernah diimpikan oleh beliau sendiri sejak dari zaman Yayasan Anda lagi. “Beruk atas bahunya” sentiasa menghasut supaya diuji kekuatannya sendiri. “Baling saja tongkat itu, anda sudah cukup kuat untuk berdiri sendiri” serunya. Terbayanglah dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang termuda dalam sejarah.
Tapi pantang Tok Nenek menderhaka dengan Tok Guru. Lagi pun bukan lama sangat lagi masa yang perlu ditunggu. Umur masih muda. Tak baik lawan tokeh.
Tiba-tiba dalam satu sidang Parlimen, Karpal singh menyuarakan kebimbangannya terhadap tingkah laku “sumbang” Anwar dan meminta Dr Mahathir menyiasatnya.
Semua ketawa termasuk Dr Mahathir dan menganggap cakap Karpal sebagai “anggur masam” dan cemburu dengan pencapaian Anwar, terutama sekali keakrabannya dengan PM.
Di sebalik ketawanya, Anwar mula gelabah. Mungkin segalanya dah mula bocor. Beliau terbau sesuatu kerana sudah ada soksek-soksek mengenai tindakan SB dan KPN mengadap Mahathir.
A swift and sweeping action is needed here. Tindakan pantas dan cepat perlu bagi menutup segala-galanya sebelum terlambat. Kuasa dan pengaruh sudah ada. Para penyokong juga sudah begitu taksub dan tidak sabar lagi menunggu PM letak jawatan.
“Ah! Persetankan Tok Guru yang sudah tua itu, ini zaman anak muda, tinggal satu anak tangga saja lagi, tidak ada apa yang mampu menghalang kita”, bisik para pengampu. Bila terpandang diri dalam cermin, betul juga kata mereka. Aku muda dan hebat, angkatan muda PAS dan angkatan muda UMNO tegap mendukung aku.
Apa yang kurang pada aku. Islam ada, politik ada, kepimpinan ada, segak ada, kepetahan bercakap ada, penyokong taksub berani mati pun ada, pemuas nafsu jantan betina banyak ada. Wah hebatnya aku. Apa mungkin aku tersilap langkah? Ah tidak. I am too right to be wrong. After all top world leaders are behind me. This is it. Balingkan “Tongkat Sakti” itu.
Tapi seperti yang kita sudah maklum, setelah berpuas hati dengan segala bukti yang ditunjukkan, Tok Guru sudah dapat mencantumkan kepingan-kepingan akhir dari beberapa senario dan gelagat Anwar sejak kebelakangan ini. PM has put two and two together.
Disebabkan Anwar belum khatam, belum bayar mengkeras dan belum “putus ubat”, Tok Guru sudah pasti ada kelebihan satu langkah. Swift and sweeping action bukan milik Anwar rupanya. Wham!! Tok Guru bertindak pantas.Checkmate!!.
Sunday, April 1, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
A GOOD START.
MARI KITA TENGOK SIAPA YANG KENA !!
Entri pertama kamu masih ditakuk lama - menggunakan masa yang amat bernilai kurniaan Tuhan untuk terus memikirkan jalan dan kaedah memburuk-burukkan Anwar. Anwar semakin maju langkahnya, kamu masih disitu, berlegar-legar otak kamu memikirkan nostalgia kehebatan Mahathir sambil terus mengadu domba, memfitnah dan menzahirkan dendam yang tak berkesudahan terhadap Anwar.
Dari zaman awal KMU kamu menggunakan id ‘Hajimat’ sehingga lah bertukar kulit menjadi ‘Kapten Bersara’ di Malaysia-Today, capaian akal kamu masih di kepompong yang sama. Tiada langsung petanda peningkatan pengetahuan mahupun kualiti hujah yang bernas.
Sudah berapa tahun masa dan usia kamu wahai ‘Kapten Bersara’ yang telah kamu sia-siakan dan bazirkan untuk membuat kerja-kerja terkutuk ini?
Bukti wujudiah kamu sebagai insan yang bernyawa tiada memberi apa-apa makna langsung kepada perkembangan ilmu dan kecemerlangan tamadun bangsa. Hakikat wujudiah kamu sebagai insan yang sepatutnya mulia atau sekurang-kurang ada cita-cita menuju kearah kebaikan dan kemuliaan telah kamu hodohkan dan kamu nodai sendiri dengan perbuatan kamu.
Yang terus disuburkan adalah pembohongan dan kebodohan, bukannya pengetahuan atau ilmu yang bermanfaat yang boleh membantu masyarakat membuka ruang berfikir mereka.
Nilai kualiti hujah-hujah kamu itu akan terakam dalam archieve maya internet hanya sebagai bukti untuk tatapan semua betapa buruknya akhlak dan pemikiran barua UMNO seperti kamu yang berterusan menghabiskan usianya dan membazirkan potensi akalnya dengan hujah-hujah songsang dan jahil.
Akal kamu ini jelas sudah rosak. Monologue yang dicipta oleh kamu untuk menggambarkan dengan niat yang jahat akan tujuan dan ‘suara hati’ Anwar itu sebenarnya adalah suatu bentuk ‘latahan Freud’( Freudian slip) yang telah mendedahkan dan menelanjangkan fikiran kotor dan ‘kacau’ yang wujud secara dibawah sedar (unconsciously) yang bersarang dalam minda kamu. Ianya adalah cerminan sebuah jiwa yang rosak dan kacau yang tidak dibentuk dengan baik sedari awal yang barangkali disebabkan oleh suasana pembesaran kamu yang penuh dengan pengalaman pahit yang membawa kepada kebencian yang berkekalan.
Kalau kamu ini sahabat saya, tentu saya akan membantu saudara apa yang termampu dengan nasihat dan bimbingan bagi membantu mengatasi kepedihan-kepedihan dan rintihan jiwa saudara yang mengakibatkan kebencian luarbiasa yang wujud dalam jiwa kamu.
Sangkaan-sangkaan jahat dan buruk sangka yang cukup menebal dalam fikiran bawah sedar kamu itu sudah berada ditahap yang membimbangkan dan tidak ubah seperti hasutan Syaitan.
Malangnya saya bukan sahabat kamu, dan barangkali kamu juga tidak mahu pertolongan dan nasihat dari saya. Nasihat-nasihat dan teguran dialam maya ini sudah diberikan oleh ramai blogger (khususnya di Malaysia-Today) terhadap saudara tetapi malangnya ianya tidak berbekas langsung di minda dan hati saudara. Saudara barangkali sudah berada ditahap ‘rebung’ yang tidak boleh dilentur lagi. Mata hati saudara seolah-oleh sudah tertutup dari menerima kebenaran.
Terbentuknya insan yang memakai topeng ‘Kapten Bersara’ yang muncul dalam dunia maya internet untuk menghamburkan kebencian-kebenciannya saban hari adalah satu kerugian besar kepada pemakai topengnya yang mensia-siakan segala potensi yang ada pada dirinya dengan memilih untuk menjadi seorang penyebar fitnah terkutuk dan pembawa hujah-hujah bebal sebagai suatu hakikat wujudiahnya sebagai insan.
Inilah akibatnya bila akal yang murni yang diberikan Allah SWT untuk berfikir dan menimbang baik dan buruk yang boleh menghampirkan kita kepada kebenaran, dan dengan kekuatan akal itu berupaya untuk menimba banyak ilmu pengetahuan yang boleh digunakan untuk kebaikan diri dan masyarakat sekelilingnya - telah disalah gunakan; diasak dan dikerah untuk memikirkan kaedah-kaedah jahat dan tercela untuk terus berbohong dan berhujah dengan dalil yang bodoh dan karut-marut.
Ingatlah wahai Kapten Bersara, taik walau bagaimana di’make-up’kan sekalipun, pekung busuknya akan terhidu juga.
Begitu juga dengan kamu, Kapten Bersara @ Hajimat. Gunakanlah apa topeng sekalipun, agenda jahat dan busuk yang diusahakan oleh kamu itu pasti dapat dikesan juga.
Post a Comment