Sunday, December 21, 2008

MUNGKINKAH MALAYSIA BAKAL MEMPUNYAI

PENGEBOM BERANI MATINYA SENDIRI?

SAMA-SAMA KITA TUNGGU BULAN MAC!!

Sunday, July 13, 2008

Kini Semua Orang Takut Dengan Al-Juburi Wal Sodomi?

Strategi “Forward Defence” yang digunakan oleh Amerika untuk memusnahkan musuh di tempat masing-masing sebelum mereka sampai ke bumi Amerika, kini digunakan oleh Al-Juburi Wal Sodomi (AJWS) untuk membuka jalan baginya dalam mencapai cita-citanya untuk menjadi PM Malaysia.

Sebelum Polis bertindak ke atasnya beliau lebih dulu menyaman KPN. Sebelum Mahkamah bertindak ke atasnya beliau lebih dulu menyaman Peguam Negara (PN). Dan bagi mengosongkan kerusi yang bakal didudukinya beliau cuba memusnahkan imej dan kredibiliti TPM.

Sebagai persediaan awal beliau menyediakan Kedutaan Turki sebagai pintu “escape route”nya dan sebagai amaran awal beliau telah meminta Washington memberi amaran kepada Malaysia untuk tidak menggunakan kes liwatnya sebagai senjata mematikan langkahnya.

Wah! Nampak sungguh hebat dan teratur perancangan “perang” panglima AJWS ini. Dikuatkan lagi dengan bekalan WANG yang tidak terhad, beliau taksub untuk MEMBELI siapa sahaja. Beliau kini boleh bebas menghina dan mencaci PM, TPM, KPN, PN dan sesiapa sahaja tanpa sebarang rasa takut.

Tanpa malu dan segan beliau juga mengumumkan terdapat PEMBELOT-PEMBELOT BN yang akan lompat masuk partinya. Beliau juga kini berani mengaku mendapat sokongan padu Ahli-ahli Pembangkang dan rakyat Malaysia yang berkiblatkan New York, London dan Singapura.

Seperti serangan tahun 1998, ketika cuba menjatuhkan Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamed, perancangan strategi dan tindakannya kini juga nampak begitu kemas dan teratur dan mustahil boleh gagal.

Tetapi, kini fahamlah saya apa yang dimaksudkan oleh Tun apabila beliau menyatakan “AJWS is finished”. Rupa-rupanya semua tindakan AJWS sebenarnya merupakan senjata yang akan makan tuan atau “self destruct”.

Saya yakin, seperti juga kegagalannya menjatuhkan Tun tahun 1998, beliau sekali lagi akan gagal menjadi PM pada tahun 2008.

Tapi kali ini senjata reput yang pernah digunakannya itu bukan sahaja akan mencederakan dirinya sendiri bahkan “BISA BESI BURUK” senjata itu akan membunuhnya buat selama-lamanya.

GOOD RIDDEN! Insya Allah.

Thursday, March 6, 2008

MADAH PILIHANRAYA BUAT PAK LAH

SELAMAT AMAN MAKMUR
PAK LAH KAKI TIDUR
MENANTU AGEN YAHUDI S’PORE
NAK GADAI NEGERI JOHOR

CEMERLANG GEMILANG TERBILANG
BILA SAMPAI KE SEBERANG
JAMBATAN MAHU DICINCANG
JASA BOS SEMUA DITENDANG

IMEJ ALIM ANAK TOK GURU
BILA CAKAP SELALU MERAPU
SEMUA KERJA SERAH KAT MENANTU
ORANG MELAYU JADI CELARU

JANDA IPAR DIA BERAHI
MAK ALAP SERANI BUAT BINI
ORANG GAJI JADI DATUK SERI
KEAHLIAN UMNO DIA BAGI


ISLAM HADHARI MODAI CERITA
KONON NAK SELESAI MASALAH NEGARA
TOK GURU PAS TEBELIAK MATA
TOKEH MONSOON CUP DIA BELA

UMNO TETAP AKU BELA
WALAU PEMIMPIN HAPRAK MENJELMA
HIDUP MATI DEMI BANGSA
TANAH MELAYU AKU PUNYA


MELAYU KEPALA BATEH BANGKIT SEMUA
JANGAN GADAI MARUAH BANGSA
TENTU MELAYU TAK HILANG DI DUNIA
KALAU PAK LAH KALAH PILIHANRAYA

KUBU BN KALAU ROBOH
ANGKARA PAK LAH MESTI DITUDUH
KALAU MAJORITI JATUH
ITU TANDA MELAYU MENCEMUH

SELAMAT MENGUNDI SEMUA
SERDANG. 07 MAC 2008

Dulu Kini Dan Selamanya