Sunday, July 1, 2007

Lee Kuan Yew Dan Saikoloji Songsangnya

Rakyat Malaysia khasnya pemimpin-pemimpin UMNO dalam barisan Imam Hadhari sedang diperolok-olokan oleh Lee Kuan Yew dengan permainan Saikoloji Songsang (Reverse psychology).

Menurut kamus Wikipedia, “Reverse psychology is the term that describes the outcome where advocacy of one course of action persuades another person to do the opposite”. Secara ringkasnya Saikologi Songsang (SS) ialah sebutan bagi kata-kata atau tindakan yang dilakukan dengan sengaja yang bertujuan mendapatkan tindakbalas atau reaksi yang bertentangan.

SS bukan perkara baru bagi kaum China. Ia merupakan strategi yang ke 32 dari sebanyak 36 strategi peperangan yang diamalkan oleh orang-orang China sejak tahun 219 sebelum masihi (SM) lagi.
Ada banyak contoh yang boleh dikaitkan dengan SS ini, tetapi contoh paling mudah ialah “The Empty Fort Strategy”.

Dalam peperangan Hanzhong pada tahun 219 SM, apabila tentera Cao Cao menyerang pertahanan tentera Liu Bei, mereka mendapati kem Liu Bie senyap sunyi serta pintu kotanya terbuka luas tanpa sebarang pengawal. Ini membuatkan tentera Cao Cao mengesyaki kem itu sedang dijadikan sebagai perangkap untuk mereka, lalu mereka tidak jadi masuk dan berundur dari situ. Strategi bersembunyi dan membuka pintu kota tanpa pengawal telah menyebabkan tentera Liu Bie selamat dari serangan itu, walaupun bilangan mereka lebih kecil dan lemah.

Kata-kata Lee Kuan Yew bahawa ada pemimpin UMNO Johor cuba menjatuhkan PM Abdullah dan menggagalkan IDR, sebenarnya bertujuan mengukuhkan kedudukan PM Abdullah yang sedang beliau jadikan “kuda tunggangan” bagi menjayakan hasrat dan niat jahat Singapura di dalam IDR.

Lee Kuan Yew tahu bahawa sebagai reaksi sepontan pemimpin-pemimpin (setengah masak) UMNO Johor akan berebut-berebut membuat kenyataan menafikankan kata-katanya itu. Seperti biasa ini akan disusuli pula oleh majlis-majlis dan perhimpunan-perhimpunan besar-besaran anjuran UMNO Johor bagi menyampaikan ikrar taat setia dan sumpah teguh berdiri di belakang PM Abdullah dan menyokong penuh IDR. Inilah tujuan sebenar kenyataannya itu dan perangkapnya nampaknya sudah mengena dengan mudah.

Kita ambil satu lagi contoh tindakan Saikoloji Songsang apek tua yang licik ini. Beliau telah menggunakan akhbar Berita Harian dan Strait Times untuk menyatakan kebimbangannya mengenai tahap keselamatan di Johor, ekoran beberapa “kejadian-kejadian” jenayah yang dilaporkan sendiri oleh akhbar-akhbar tersebut. Ini dikuti oleh suara-suara menyokong dari berbagai pihak termasuk pemimpin (setengah masak) UMNO sendiri.

Seperti yang dijangkakan, PM Abdullah mengarahkan KPN menghantar 70 ribu anggota tambahan ke Johor. Nah! inilah hajat sebenar mereka. Rakyat Singapura tersenyum sampai ke telinga melihat PDRM menjadi pengawal keselamatan mereka secara percuma.

Banyak lagi contoh yang boleh diteliti bersama seperti kata-kata bahawa “Singapura akan kehilangan industri”, “menghadapi “masalah pengangguran”, tidak mendapat “layanan istimewa” dan berbagai-bagai lagi. Kita lihat perkataan-perkataan “lawan” atau “songsang” kepada “hilang” lawannya “jumpa”. Perkataan “menganggur” lawanya “ada banyak kerja”, perkataan “tidak dapat" lawannya “dapat” layanan istimewa.

Sampai bilakah kita membiarkan diri diperolok-olokan sebegini. Adakah mana-mana pemimpin selain dari Tun Dr Mahathir yang mampu “mengajar” si apek tua ini.

3 comments:

A Voice said...

Tuan

Saya memetik artikel tuan untuk artikel saya bertajuk "Helah Lee Kuan Yew, WPI dan Hak Melayu: Biarkan! Biarkan!"

Harap tidak ada permasaalahan buat tuan.

Anonymous said...

Terima kasih. Tindakan tuan itu merupakan satu penghargaan.

Unknown said...

nampaknya malaysia telah ketandusan pemimpin yang berwibawa selepas tun bersara. telur-telur yang ada sekarang tidak sekeras telur tun. tengok apa jadi dengan jambatan bengkok, apa dah jadi dengan pulau batu puteh? yang terbaru bila rakyat singapura dibenarkan beli minyak malaysia yang bersubsidi. kita memang berharapkan seorang yang sewibawa tun untuk menerajui malaysia serta mengembalikan maruah yang telah tergadai.