Friday, April 6, 2007

Malaysia Bumi Bertuah, Kaya Dan Bebas Buat Mereka

Mereka bunuh PKENJ dengan cara yang sama.
Mereka bunuh Pernas Edar dengan cara yang sama.
Mereka bunuh pasar mini JIMAT dengan cara yang sama.
Dah banyak Kontrektor Melayu bungkus melalui cara ini.

Ada juga ketika bila muslihat mereka ini mendapat "restu" dari YB, Ketua Pengarah dan pembesar kerajaan berbangsa Melayu sendiri. "Kalau bagi Kontrektor Melayu aku abuk pun tarak" kata Si Kitol merungut.

Konon Melayu kurang "Public Relation", tak pandai customer service, tak tahu marketing macam-macam lagi. Kalau kita cakap mereka kata Melayu takut bersaing. Tak pandai berniaga, malas dan harap kuota.

Kawan saya buat berniaga Mail Order. Margin Untung 25%. Barang beli dari Taiwan. 1 tahun dah "break-even". Tiba-tiba terima teleks dari Taiwan mengatakan semua pesanan seterusnya mesti dibuat melalui agen baru mereka di S'pore. Tak boleh beli terus. Harga naik 30%.

Iklan, katalog semua dah keluar. Pesanan dah terima dalam tangan beribu, tapi harga barang dah naik.
2 hari lepas itu mereka buka kedai bawah pejabat dia, jual barang yang sama dengan harga 10 % lebih murah dari mail order. Hancus!!.

Kita bukan nak salahkan orang, tapi kalau "persaingan" dibuat bagi tujuan membunuh. Itu khianat namanya.
Orang Melayu sangat benci dengan perbuatan khianat. Mereka sanggup "berputih tulang dari berputih mata".

Perlindungan Kerajaan dan pihak berkuasa perlu. Pergilah mana pelusuk dunia pun. Cuba buka perniagaan tanpa kawan kongsi tempatan.

Cuba pergi US, GB atau Aust dan bunuh syarikat tempatan kalau nak tahu langit tinggi rendah.
Malaysia ini SEBENARNYA bumi bertuah buat taukeh bukan Melayu sahaja.

Perdagangan bebas, persaingan bebas, perkongsian bebas, Margin untung bebas, cukai bebas. Halal haram pun bebas. Nak bantu tak bantu anak bumi pun bebas. Tak ada paksaan langsung.

Di Selangor, Kedah dan Perlis berjuta relung sawah Melayu sudah mereka kebas. Modalnya bagi hutang bagi kredit. Bahan beli mahal, hasil jual murah. Tak boleh bayar, rampas.

Tapi pun masih tak cukup. Kuota Melayu 30% pun nak dibebaskan juga.
Bertuah betul bumi Malaysia ini - Untuk siapa?

3 comments:

Anonymous said...

Wahai Hajimat KMU @ Kapten Bersara.

Jawab lah pertanyaan saya secara ikhlas dan jujur. Sudah berapa tahun masa dan usia kamu wahai ‘Kapten Bersara’ yang telah kamu sia-siakan dan bazirkan untuk membuat kerja-kerja terkutuk ini?

Sudah berapa lama kamu membuat kerja-kerja sial menabur fitnah dan mencipta jenaka-jenaka tolol bagi menyesatkan fikiran pembaca dan blogger di forum-forum internet?

Berapa lama lagi masa dan usia kamu yang akan dihabiskan untuk meneruskan kerja-kerja yang dilaknat ini?

Anonymous said...

Mari kita lihat perbandingan aksi dan gelagat tonggong makhluk bertopengkan Hajimat @ 'Kapten Bersara' dalam melempiaskan fitnah dan dendam tak berkesudahan terhadap saudara Anwar Ibrahim.

Kapten Bersara wrote:
"Melayu Mudah Lupa (Malay Forget Easily)" drama Scene 1"

(While Anwar was in Jail)

Wan Azizah: Help! Help! Help! my husband is being fed with "arsonic poison". His hair drop, his head getting bald!..sob!..sob! Sob!

"Melayu Mudah Lupa(Malay Forget Easily)" drama Scene 2"

Wan Azizah: Help! Help! Help! my husband is being injected with "HIV infected blood" He is going to die of AID..sob!..sob! Sob!

"Melayu Mudah Lupa(Malay Forget Easily)" drama Scene 3"

Wan Azizah: Help! Help! Help! my husband is suffering from "Slipped Disk". He is paralyzing, he can't walk, the only one who can cure him is a German doctor IN GERMANY...sob!..sob! Sob!

"Melayu Mudah Lupa(Malay Forget Easily)" drama Scene 4"

Wan Azizah: Help! Help! Help! my husband is fasting to death. His kidney failed, he is dying (he must have thaught of this after reading Gandhi)...sob!..sob! Sob!

FADE OUT - and we all know the rest of the drama.

After eating "Arsonic Poison", Being injected with "HIV Blood", suffering a "Slipped Disk" and failing kidney after "Fasting to Death" and if Malaysian are lucky enough, they might get another "Arnold Schwarzenegger" as their PM and Wan Azizah as First Lady.

Good Luck All.
16/03 09:02:29

-----------------------------------

Itulah dia gelagat sebenar makhluk kotor bertopengkan Hajimat @ Kapten Bersara ini yang telah secara tidak disedarinya (Freudian slip) telah menelanjangkan pemikiran kacau dan cukup sial yang dimiliki oleh makhluk ini.

Apa yang dihamburkan dalam jenaka tololnya itu adalah FITNAH. Ini jelas FITNAH. FITNAH-FITNAH kotor inilah yang terus disebarkan oleh makhluk seperti 'Kapten Bersara' ini untuk mengelirukan dan menyesatkan pemikiran pembaca-pembaca internet yang kurang peka dan prihatin dalam isu yang membabitkan saudara Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

Ini pula komen 'Hajimat' @ Kapten Bersara yang dibuatnya seawal 2 November 2004 di forum lama Kelab Maya UMNO (KMU)

-------------------------------------

Re: Anwar Lebih Hebat dari Superman! (Score: 1)
by hajimat on Monday, November 01 @ 10:52:21 MYT
(User Info | Send a Message)
Calon drama terbaik:

Babak 1

Isteri Superman: Tolong! Tolong! Tolong! suami saya dalam penjara hendak diinjek dengan darah HIV. Tolong! Tolong!.

Pelakon Tambahan: Berhimpun dan mengamuk membakar tong sampah dan papan tanda DBKL.

Babak 2

Isteri superman: Tolong! Tolong! Tolong!, suami saya dalam penjara telah diberi makan racun arsenik. Rambut dan semua bulu-bulunya gugur. tolong! tolong!.

Pelakon Tambahan: Berhimpun di Masjid Negara untuk mengamuk.

Babak 3

Isteri superman: Tolong! Tolong! Tolong!, suami saya sakit pinggang slip disk. kakitangannya dah lumpuh , tak boleh berjalan. tolong! tolong!.

Pelakon Tambahan: Berhimpun depan penjara Sungai Buloh untuk mengamuk.

Babak 4

Isteri Superman: Tolong! Tolong! Tolong!, suami saya dalam penjara dah tak lalu makan, badannya kurus kering, lumpuh dan tak boleh bangun. tolong! tolong.

Pelakon Tambahan: Berhimpun depan Hospital HUKM untuk mengamuk.

Babak 5

Isteri superman: Tolong ! tolong! tolong!, suami saya mesti dibedah di Jerman. Kalau tidak dia mati. tolong! tolong!.

Pelakon Tambahan: Berhimpun depan Mahkamah Persekutuan untuk mengamuk.

Babak 6

Isteri Superman: (Mengelilingi Dunia) Help! Help! Help!, my husband must be operated on in Germany. Otherwise he has no chance of survival.

Pengarah Yahudi: Cut! Cut!. That's it. Send the gunship to Malaysia.

High Court Stuntman: Dive! Dive! Technical Fault!

Superman: (Keluar Penjara) Naik kerusi roda, bertopang, muka sedih. Naik kapalterbang.

Babak 7

Superman: (Munich) Welcome! welcome! Im ok! Im ok!.

Arab Stuntman: Dont' worry, money plenty, jet plenty, gay plenty.

Babak 8

Isteri superman: Mari! mari! mari! sambut wali Allah, negarawan, indespensible future leader.

Pelakon Tambahan: Berhimpun ramai-ramai di KLIA dan Damansara untuk cari peluang mengamuk.

Superman: I want to see your PM!. I must help him reform. Reform! reform! reform!

Pengarah Yahudi: Yeah! yeah! good! good!. Cut and print.

--------------------------------

Fitnah barua-barua UMNO seperti Hajimat @ Kapten Bersara ini akan terus kekal dalam archive maya internet sebagai bukti betapa buruk dan kotornya pemikiran makhluk bangsat seperti Hajimat @ Kapten Bersara ini.