Sunday, July 13, 2008

Kini Semua Orang Takut Dengan Al-Juburi Wal Sodomi?

Strategi “Forward Defence” yang digunakan oleh Amerika untuk memusnahkan musuh di tempat masing-masing sebelum mereka sampai ke bumi Amerika, kini digunakan oleh Al-Juburi Wal Sodomi (AJWS) untuk membuka jalan baginya dalam mencapai cita-citanya untuk menjadi PM Malaysia.

Sebelum Polis bertindak ke atasnya beliau lebih dulu menyaman KPN. Sebelum Mahkamah bertindak ke atasnya beliau lebih dulu menyaman Peguam Negara (PN). Dan bagi mengosongkan kerusi yang bakal didudukinya beliau cuba memusnahkan imej dan kredibiliti TPM.

Sebagai persediaan awal beliau menyediakan Kedutaan Turki sebagai pintu “escape route”nya dan sebagai amaran awal beliau telah meminta Washington memberi amaran kepada Malaysia untuk tidak menggunakan kes liwatnya sebagai senjata mematikan langkahnya.

Wah! Nampak sungguh hebat dan teratur perancangan “perang” panglima AJWS ini. Dikuatkan lagi dengan bekalan WANG yang tidak terhad, beliau taksub untuk MEMBELI siapa sahaja. Beliau kini boleh bebas menghina dan mencaci PM, TPM, KPN, PN dan sesiapa sahaja tanpa sebarang rasa takut.

Tanpa malu dan segan beliau juga mengumumkan terdapat PEMBELOT-PEMBELOT BN yang akan lompat masuk partinya. Beliau juga kini berani mengaku mendapat sokongan padu Ahli-ahli Pembangkang dan rakyat Malaysia yang berkiblatkan New York, London dan Singapura.

Seperti serangan tahun 1998, ketika cuba menjatuhkan Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamed, perancangan strategi dan tindakannya kini juga nampak begitu kemas dan teratur dan mustahil boleh gagal.

Tetapi, kini fahamlah saya apa yang dimaksudkan oleh Tun apabila beliau menyatakan “AJWS is finished”. Rupa-rupanya semua tindakan AJWS sebenarnya merupakan senjata yang akan makan tuan atau “self destruct”.

Saya yakin, seperti juga kegagalannya menjatuhkan Tun tahun 1998, beliau sekali lagi akan gagal menjadi PM pada tahun 2008.

Tapi kali ini senjata reput yang pernah digunakannya itu bukan sahaja akan mencederakan dirinya sendiri bahkan “BISA BESI BURUK” senjata itu akan membunuhnya buat selama-lamanya.

GOOD RIDDEN! Insya Allah.

4 comments:

Anonymous said...

Saudara kaptenbersara,

Wah,hebat teori-teori konspirasi DSAI (Jijik nak guna istilah yang saudara guna).Mudah faham dan ada logiknya.Bila saya mengikuti perkembangan dan drama yang ditontonkan oleh DSAI, Wan Azizah dan lawyer-lawyernya,sudah terfikir strategi begitu,tapi tak tahu nak susun teori-teori tadi.Terima kasih, kapten memang bijak menyusun (MENGANDAIKAN ) strategi-FD.yang digunakan oleh DSAI@AJWS.

Anonymous said...

Mudah2an Allah selamatkan kita dari pengkhianat bangsa.

CraNell said...

saya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis
penulis maya (blog Politik shj) pada 14, 15 Oktober 2011, Insya'Allah ..Perdana
Menteri Malaysia akan turut menghadiri majlis tersebut…

Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu penginapan akan disediakan dan voucer minyak pecuma….

Mohon pada pihak tuan agar memyebarkan berita ini kepada rakan rakan tentang perkara ini....

Tuan boleh menghubungi saya di email cranell@mykmu.net merangkap
setiausaha kerja mykmu.net bagi sebarang pertanyaan dan pengesahan.

jika berminat sila berikan nama, namablog dan no fon di email tertera diatas untuk pendaftaran dan segala detail mengenai majlis tersebutkan akan disms kepada pihak tuan..

segala kerjasama pihak tuan amatlah dihargai....

Anonymous said...

Maaf tuan.Adakah anda nampak dengan mata kepala anda yang anuar meliwat.Adakah anda nampak ...... dengan Altantuya.Kalaua tak nampak jangan sebarkan pernyataan anda.Pernyataan inilah yang akan mengheret anda ke neraka.T.kasih.